Kerana Dia Manusia Biasa berkisahkan kehidupan Nurin Aira yang disebabkan kesilapan orang lain, terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Dia berkahwin dengan Tengku Shamil Zaquan yang telah kehilangan isterinya. Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Adakah Tengku Shamil akan tewas pada kuasa cinta?
Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Drama Hilang Yang Kembali
Hilang Yang Kembali bermula dengan seorang wanita bernama Fara, yang berlari masuk ke dalam sebuah balai polis untuk melaporkan tentang dia dikejar oleh seseorang. Flashback-kisah tentang Fara dan suaminya Razif di Bali, dimana mereka kehilangan anak mereka, Danial (9 tahun). Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu membuatkan Fara dan Razif sering bergaduh sehingga membawa kepada proses pencerian. Dua hari sebelum ke mahkamah, Fara dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahunya dia adalah anaknya yang hilang dahulu. Fara menerima Danial semula namun Razif masih berbelah bahagi. Misteri mula memenuhi ruang rumah mereka, berbagai kejadian aneh mula berlaku.
Drama Cari Aku Di Syurga
Cari Aku Di Syurga adalah drama bersiri Malaysia tahun 2019 di Slot Samarinda TV3 sepanjang bulan Ramadhan.
Drama ini menggandingkan Aeril Zafrel, Janna Nick dan Mimi Lana sebagai teraju utama. Drama ini mula mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi.
Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick) merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza.
Ibu Lisa, Rosmah (Maria Farida) menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff (Hun Haqeem). Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.
Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.
Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira (Mimi Lana). 8 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali ke Muar untuk menuntut hak penjagaan ke atas Suri (Duerra Mitilda) atas desakan ibunya, Rosmah apabila perkahwinan Lisa dan Ariff tidak dapat memberikan zuriat.
Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan gangguan kepada daya ingatannya akibat penyakit Alzheimer. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.