Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Drama Cari Aku Di Syurga


Cari Aku Di Syurga adalah drama bersiri Malaysia tahun 2019 di Slot Samarinda TV3 sepanjang bulan Ramadhan.

Drama ini menggandingkan Aeril ZafrelJanna Nick dan Mimi Lana sebagai teraju utama. Drama ini mula mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi. 

Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick) merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. 

Ibu Lisa, Rosmah (Maria Farida) menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff (Hun Haqeem). Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira (Mimi Lana). 8 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali ke Muar untuk menuntut hak penjagaan ke atas Suri (Duerra Mitilda) atas desakan ibunya, Rosmah apabila perkahwinan Lisa dan Ariff tidak dapat memberikan zuriat. 

Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan gangguan kepada daya ingatannya akibat penyakit Alzheimer. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *