Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Pujaan Hati Kanda Episod 9


Pujaan Hati Kanda - Episod 9




Pali memecahkan cermin kereta Danny dan lari. Suami Suria (Abang Naim) ketakutan dan meletakkan kereta itu di rumah ibu. Tiara ternampak keadaan kereta itu dan menjerit terkejut. Tiara terus mencari kakaknya dan abang Naim yang meminjam kereta itu sebelum itu. 




Suria juga terkejut namun tidak mahu bertanggungjawab dan bergaduh dengan Tiara. Tiara apa lagi, mengamuklah. Bertempik Tiara dan Suria di hadapan rumah ibu itu.  


Tiara risau tiada siapa yang boleh baiki kereta Danny ini, maka ibu mahu mengeluarkan duit simpanannya daripada Tabung Haji untuk membantu Tiara. Ibu tidak mahu anak-anaknya bergaduh. 

Tiara kasihankan ibu dan tidak mahu dia mengeluarkan duit simpanannya, dia mahu fikirkan jalan sendiri. 



Suria gusar dan mencari Pali untuk meminjam duit. Suria memberitahu Pali apa yang telah terjadi termasuklah Iqy yang sekarang berada di kampung, dijaga Tiara. Pali setuju untuk membaiki kereta Danny, tapi bersyarat. Suria perlu memujuk Tiara untuk menerima pinangan Pali.


Kasyah mengusik Danny yang meninggalkan kereta kepada Tiara. Danny balas kereta itu untuk kemudahan Iqy, bukannya Tiara.

Kasyah dan Danny ke hospital untuk melawat Fatimah dan meneruskan siasatan. Danny juga meminta Kasyah terus menyimpan rahsia mereka. 



Tiba-tiba Tiara menelefon Danny sambil menangis. Tiara memberitahu Danny keretanya kemalangan ketika dibawa abang Naim. Danny risaukan Tiara dan keselamatan abang Naim, tidak langsung pedulikan keretanya yang kemalangan. Tiara lega Danny tidak marah-marah dan tidak kisah membaiki kereta itu. 



Suria mendapat 2K daripada Pali namun dia langsung tidak bercadang untuk membaiki kereta Danny. Dia mahu membeli barang kemas dengan duit Pali itu. Dia juga memikirkan cara untuk menyuruh Tiara menerima Pali.



Fatimah yang berada di hospital pula menunjukkan tanda-tanda untuk bangun daripada koma. 




Tiara memberitahu ibu bahawa kereta akan dibaiki oleh Danny tanpa sebarang bayaran. Suria yang mengendap mereka terus melonjak gembira. 


Cermin kereta Danny telah diganti. Suria memberitahu suaminya bahawa semua telah okay. Dia juga memberitahu perihal dia meminjam duit dengan Pali sebanyak 2 ribu dan apa yang perlu dilakukan jika mahu hutang itu selesai iaitu meyuruh Tiara menerima rombongan merisik Pali hari itu. 



Ibu bertanya kenapa Tiara senyap. Tiara membalas, dia sedih dengan ibu yang masih bekerja kuat walaupun sudah tua. Ibu Tiara rupanya tidak mahu susahkan anak-anaknya. 




Tiara menidurkan Iqy malam itu. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh kedatangan Danny yang membawa kek dan hadiah harijadi. Danny juga tidak lupa pada seluruh ahli keluarga yang lain. Ibu berasa serba salah kerana dia rasa tidak perlulah Danny bersusah-payah seperti ini. Namun, tentulah yang paling gembira adalah anak Suria (Hadif) yang mendapat hadiah di hari jadi Tiara.

Danny mengabarkan hajatnya untuk membawa Iqy ke KL untuk pemeriksaan kesihatan. Dia juga ingin membawa Tiara sekali. Walaupun risau, ibu bersetuju.


Orang kampung pula membawang mengenai Tiara yang mampu membawa kereta mewah di kampung itu. Mereka pelik bagaimana dengan mengasuh budak sahaja boleh membawa kereta mewah. Mereka menyangka, mungkin Iqy adalah anak kandung Tiara, oleh itu dijaga Tiara yang jauh di Perak. 




Esoknya Tiara mengikut Danny dan Iqy untuk berjumpa doktor. Sewaktu makan tengahari, bekas teman wanita Danny (Sasha) menegur mereka yang nampaknya telah berkahwin dan ada anak. Dia tak menyangka Danny akan memilih perempuan muslimah menjadi isterinya. Danny tidak langsung menafikan bahawa dia dan Tiara telahpun berkahwin. 

Sasha juga ada terdengar mengenai gosip Danny yang tidak jadi berkahwin. Selepas itu, Tiara juga bertanya sama ada betulkah Danny tidak jadi bernikah dengan Nadine dan mengapa tidak nafikan mereka belum berkahwin? Danny berkata dia tidak mahu memberitahu semuanya kepada dunia, dia mahu berahsia.



Malam itu, Danny menghantar Tiara tidur di hotel mewah. Tiara risau jika perlu tidur sebilik dengan Danny. Namun rupanya Danny telah book 2 bilik untuk mereka. Tiara lega. 



Danny juga sempat memberitahu hasratnya untuk meluangkan lebih lagi masa bersama Tiara.


Tiara nampak sukakan bilik mewah itu. Danny di bilik lain pula berfikir mengenai Tiara. Dia rasa sangat tenang bersama Tiara, bila berjauhan dengan Tiara pula, rasa rindu yang teramat. 



Tiara menelefon Rina dan memberitahu dia ada di Kuala Lumpur. Dia ingin berjumpa, namun Rina berada di Johor. Dia bakal berpindah ke Shah Alam setelah selesai latihan. Rina sempat mengusik Tiara dengan Danny. 

Setelah itu, Tiara mahu memberitahu perihal Pali kepada Rina. 



Di kampung pula, Pali datang ke rumah ibu. Dia memberitahu ibu bahawa dia akan menghantar rombongan meminang kepada Tiara pada hujung minggu ini. Ibu pelik dan terkejut. Bila masa pulak mereka terima risikan Pali? Rupanya Kak Suria dan Abang Naim yang memberitahu Tiara telah terima. 


Bersambung. Tamak sungguh Suria dan Naim yang sanggup menjual adik sendiri kepada Pali ya?
Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *