Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Pujaan Hati Kanda Episod 6


Pujaan Hati Kanda - Episod 6





Danny bangun tidur pagi itu di kampung Tiara. Manakala Tiara pula sedang solat subuh, Iqy terjaga daripada tidur dan Tiara mendemahkan kepala Iqy dengan tuala sejuk untuk menurunkan suhu badannya. Danny bangun untuk ke bilik air, dan ibu menegurnya. Ibu hendak menjerang air panas untuk Danny namun Danny menolak dan mengatakan ini adalah pengalaman pertamanya di kampung dan mandi air sejuk. Setelah selesai mengambil wuduk, Danny bersolat. 




Iqy masih demam, Danny berkata dia tidak tahu siapa atau bagaimanalah dia hendak jaga Iqy selepas ini dengan ketiadaan Tiara. Kemudian Danny meminta izin untuk pulang ke ibu kota. Danny mengatakan dia perlu pulang cepat kerana banyak kerja dan perlu menghantar Iqy kepada pengasuh yang baru. 


Suria ternampak Danny dan Tiara yang bersembang dan mengejek mereka. Dia berkata mengapa Tiara perlu rindukan Iqy pula, sedangkan Iqy bukan anaknya. Malah anak Suria juga tidak dilayan seperti Tiara melayan Iqy. Tiara menempelak kakaknya yang suka cari pasal dengannya. Danny menasihatkan Tiara supaya tidak bergaduh dengan Suria, kerana Suria adalah kakaknya. 

Suria juga tidak puas hati kerana ibu dan Tiara melayan Danny dan Iqy dengan baik, sungguh over katanya. Suria berasa seperti ada yang tidak kena dengan Tiara dan Danny. Suria ingat Danny ada niat tidak baik dengan Tiara.


Ketika hendak pulang, ibu menjemput Danny singgah ke rumah mereka lagi. Ibu juga meminta maaf dengan perangai Suria yang kurang adab dengannya. Selain itu, ibu membekalkan kopi untuk Danny bawa pulang. 

Dalam perjalanan pulang, pengasuh baru Iqy memberitahu bahawa dia tidak dapat menjaga Iqy kerana ada keluarga yang meninggal dunia. Danny terus menelefon Kasyah yang sedang sibuk menabur pickupline kepada pekerja-pekerja wanita di pejabat. 



Danny membawa Iqy ke pejabat, staf-staf tertanya-tanya siapakah bayi yang dibawa Danny. Setelah sampai di biliknya, Kasyah bertanya daripada mana Danny datang. Danny memberitahu dia baru pulang daripada kampung Tiara. Kasyah mengusik Danny dengan mengatakan Danny baru pulang daripada rumah ibu mertuanya. 

Kasyah memberitahu Danny bahawa apabila Danny tiada dia sering dikacau Datuk. Danny membalas, telefonnya mati oleh sebab itu dia tidak dapat menjawab panggilan Kasyah. Danny yang ingin berjumpa Datuk meninggalkan Iqy dengan Kasyah untuk dijaga buat seketika. 


Danny meminta maaf dengan Datuk kerana tidak datang ke pejabat, dan dia melaporkan bahawa semua kerjanya telah siap. Datuk mengatakan dia sangat kecewa kerana Danny tidak datang ke mesyuarat penting semalam. Datuk ingatkan Danny sengaja mengelak daripada datang ke mesyuarat penting tersebut, walaubagaimanapun Danny menidakkan perkara itu dan menerangkan bahawa terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan semalam. 

Datuk risau perkara sama akan berulang dengan Danny, kerana dahulu abang Danny juga melakukan perkara yang sama, menolak peluang yang ada untuknya. Kini, Datuk sangat berharap pada Danny untuk menjadi ketua projek-projek penting syarikat dan tidak mahu hal peribadi dicampur-adukkan dengan kerja. Datuk mahu Danny fokus. Danny membalas dia tidak mungkin dapat melakukan semuanya dalam satu masa. 


Kasyah yang menjaga Iqy sedang cuba menidurkannya. Kasyah diejek Kyra, salah seorang staf, kerana suaranya yang tidak sedaplah maka Iqy tidak boleh tidur. Kasyah geram dan membalas tiada siapa yang hendak jadikan Kyra isteri. Namun apabila Iqy berak, Kyra juga yang disuruh untuk membersihkan Iqy. Hahaha.


Mesyuarat Datuk dan Danny telah selesai. Datuk memberitahu Danny mengenai Nadine yang mencari Danny di rumah mereka. Datuk memberitahu Danny yang Nadine hendak berbaik semula dengan Danny dan menyuruh Danny memberi peluang kepada Nadine dan mengingatkan mereka masih bertunang. 



Danny teringat peristiwa dia merayu untuk dimaafkan Nadine. Nadine menuduh Danny gatal dan berlagak baik. Danny merayu diberikan peluang untuk memperbetulkan segalanya dan menerangkan dirinya. Namun Nadine tidak percaya, malah menghina dan menghalau Danny yang sedang meratap supaya dimaafkan, Nadine pula tidak mahu menjaga anak tiri luar nikah Danny sebagai anaknya. 


Kasyah menyentak Danny yang sedang mengelamun. Kasyah bertanya sama ada Danny teringatkan Nadine atau Tiara? Seterusnya menyatakan bahawa Iqy yang tengah tidur sedang dijaga Kyra. Kasyah kesiankan Danny yang terkejar-kejar untuk menyelesaikan pelbagai hal. 
  1. Menjaga Iqy
  2. Kerja di pejabat
  3. Pencarian ibu Iqy
  4. Dipaksa Datuk
Kasyah juga mengatakan mungkin jodoh Danny dan Nadine tidak kuat. 

Walaupun Kasyah tidak menyukai Nadine, namun Kasyah nampak perubahan Danny yang lebih menghargai perempuan ketika bersama Nadine. Walaubagaimanapun Kasyah sangat tidak gemar melihat Danny yang sering saja mengikut perintah dan telunjuk Nadine yang kuat mengarah seperti lembu dicucuk hidung.

Danny berkata dahulu dia sedih dan kecewa dengan semua yang terjadi terutamanya dengan Nadine, namun sekarang dia berasa semuanya adalah kifarah dosanya. Dahulu dia lupa halal dan haram, dan inilah teguran Tuhan untuknya. 


Nadine berasa dia perlu mengenepikan egonya dengan Danny kerana dia juga hendak bersuami dan beranak. Nadine perlukan Danny, cucu jerung yang tak patut dilepaskan, detiknya. Dia juga berasa adalah sungguh susah untuk mendapatkan orang sebagus Danny. 


Nadine menelefon Danny untuk bertanya khabar dan mahu berjumpa untuk berbincang supaya diberi peluang. 



Ketika pertemuan mereka, Nadine meminta maaf dan merayu kepada Danny. Nadine berkata dia sanggup menjaga Iqy jika diperlukan. Danny membalas, menjaga budak tidaklah semudah disangka dan menolak Nadine. Danny merasakan Nadine tidak mampu untuk menjaga Iqy. Danny menyatakan perasaan kecewanya kepada tindakan Nadine suatu waktu dahulu, namun sekarang tidak lagi, sekarang semuanya sudah berubah dan tidak sama seperti dahulu. 




Danny mahu pulang cepat untuk menghantar Iqy berjumpa pengasuh maka Nadine terus menjerit kerana tidak mahu membenarkan Danny pergi. Nadine berkata dia boleh menjaga Iqy. Danny tidak percaya namun memberi peluang kepada Nadine untuk menjaga Iqy selama seminggu.

Tamat episod 6. Geramnya tengok Iqy, rasa nak peluk, hehe sangat comel. 


Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *