Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Pujaan Hati Kanda Episod 5


Pujaan Hati Kanda - Episod 5



Pali dalam perjalanan menghantar Tiara pulang ke kampung. Manakala Tiara pula kelihatan monyok. Pali bertanya sebab Tiara monyok dan menuduh Iqy sebenarnya merupakan anak kandung Tiara. 

Tiara mencantas fitnah Pali, dia marah dan bertanya bila masa pulak dia bunting sedangkan seringkali diekori Pali. Pali seterusnya mempercayai Tiara dan meluahkan perasaan cintanya terhadap Tiara. 


Di rumah sewa mereka pula rupanya Tiara tertinggal bantal busuk dan buku doanya. 



Tiara membalas tuduhan Pali dengan mengatakan bahawa Pali sering membawa ramai perempuan merata-rata. Pali terus membalas tuduhan itu dengan mengatakan Tiara pula sukakan sorang lelaki yang ada anak luar nikah. Tiara dan Pali terus bergaduh dan akhirnya Pali meninggalkan Tiara di Tengah jalan. 


Ibu dan kakak Tiara (Suria) sedang menunggu Tiara di kampung, Suria mengejek Tiara yang dihantar bakal tunangannya, Pali.



Danny dalam perjalanan ke rumah pengasuh baru dan berasa tidak sedap hati terhadap Tiara dan Pali. Walaubagaimanapun, dia menepis perasaan itu kerana berasa tidak layak untuk risaukan Tiara.





Tiara sudah sampai ke satu R&R dengan berjalan kaki dan sedang melihat gambar Iqy dan Danny dalam simpanannya. Tiara menelefon Danny untuk bertanya khabar Iqy, dan memberitahu bahawa Pali telah meninggalkan dia dalam perjalanan ke kampung. Tiara juga menelefon Rina untuk memberitahu dia akan dihantar Danny ke kampung. 





Datin datang melawat Nadine dan mama kerana rindukan mereka. Datin juga menyatakan hasratnya untuk menaja percutian Nadine untuk tenangkan fikiran. Tetapi Nadine menolak kerana hal kerja di butiknya. Datin juga bertanya mengenai status hubungannya dengan Danny sekarang. Datin berharap Nadine akan memberi peluang kedua kepada Danny dan Nadine bersetuju setelah dipujuk.



Danny telah sampai di R&R itu. Tiara memberitahu kejadian itu ada juga salahnya kerana dia yang mencabar Pali. Danny menyuruh Tiara terus memberitahu keluarganya dan jangan berselindung jika mereka bertanya mengenai kejadian ini. 




Tiara meminta maaf kepada Danny mengenai kejadian ini walaubagaimanapun Danny berkata Tiara tidak bersalah.

“Lelaki ni ada dua sebab je dia buat macam tu. Pertama dia takut perempuan dia sayang kena caras. Kedua, dia memang teringin nak makan penumbuk.” Kata Danny. Baby Iqy pula kelihatan sungguh comel bersama mereka. 

Danny bertanya mengenai keluarga Tiara dan menyuruhnya memberitahu mereka bahawa Iqy merupakan anaknya, manakala ibu kandung Iqy pula telah meninggal dunia.


Datuk pula sedang menyoal siasat Kasyah mengenai keberadaan Danny untuk mesyuarat hari itu.








Setelah sampai di kampung, ibu Tiara terkejut melihat Danny yang menghantar Tiara. Pali juga sampai pada masa yang sama. Pali merayu supaya Tiara memaafkan dia. Ibu pula berterima kasih kerana Danny menghantar Tiara balik. Danny membalas bahawa Tiara banyak membantunya menjaga Iqy, dan apabila ditanya mengenai ibu kandung Iqy, Danny mengatakan ibu kandung Iqy telah meninggal dunia. 




Sedang Tiara membasuh pinggan, Suria datang membebel kerana Tiara dihantar belajar jauh tetapi cuma menjadi pengasuh. Biarlah seperti dia yang tidak habis sekolah dan terus berkahwin dan menjadi suri rumah. Ibu memarahi Suria dan Tiara yang bergaduh di dapur. 


Pali pula sedang berang kerana maruahnya tercalar di hadapan Danny dan mahu membuat Tiara tunduk kepadanya. Aku pun tak faham macam mana dia nak tundukkan manusia lain sebenarnya. Aduhai Pali. 



Setelah pulang daripada membeli pengecas telefon, Danny pulang ke rumah Tiara. Kerana sudah petang dan Iqy juga demam, Danny disuruh bermalam di rumah mereka sahaja oleh ibu.



Nadine teringatkan Danny dan melihat gambar-gambar mereka yang lama.





Ibu membantu Danny dan Tiara memandikan Iqy yang comel dan montel. Kemudian Danny makan malam bersama keluarga Tiara.


Sebelum tidur, Danny mendapat mesej daripada Nadine dengan bertalu-talu. Nadine berharap dan merayu Danny akan kembali padanya. 



Ibu dan Tiara pula risaukan badan Iqy yang masih panas dan mahu tidur bersama Tiara dan Iqy. Tamat sudah episod 5. Pendek-pendek je recap aku sekarang. Haha kalau ada cerita best yang aku boleh recap, sila tinggalkan komen ya. :D
Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *