Pujaan Hati Kanda - Episod 8
Danny terus merampas Iqy daripada Nadine dan memarahi Nadine dan mengatakan dia telah hilang akal. Danny juga nampak badan Iqy lebam-lebam akibat dicubit Nadine.
Kata Nadine, “I geram, I menyampah dengan budak ni, entah datang daripada mana entah, tiba-tiba musnahkan hidup aku, anak luar nikah tahu tak?!”
Danny hampir melempang Nadine setelah mendengarnya. Nadine juga langsung tidak menyesal kerana mendera Iqy.
Sementara itu, Kasyah membawa Iqy jauh daripada mereka dan mengayat Farah, salah seorang pekerja butik itu. Selain itu, dia menghasut Farah berhenti daripada bekerja dengan Nadine.
Danny tidak dapat menerima apa yang Nadine lakukan kepada Iqy dan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka seperti yang dijanjikan. Sekarang barulah Nadine meminta maaf dan merayu kepada Danny.
Iqy terus dibawa ke klinik, nasib baiklah doktor cuma mengatakan bahawa Iqy demam dan perlu diberi makan dengan lebih kerap.
Di kampung pula, Tiara rasa tidak sedap hati. Suria juga sedang memujuk (memaksa) Tiara menerima risikan Pali. Alasan Suria, Pali adalah anak ketua kampung, sudahlah baik, senang pula. Ibu juga nampak seperti sukakan Pali kali ini.
Danny ke rumah Datin untuk untuk meminta tolong neneknya itu menjaga Iqy buat sementara. Namun nenek menolak dan tidak mahu masuk campur. Danny risaukan kerja yang banyak di pejabat dan tiada siapa untuk menjaga Iqy. Danny gusar dan memohon pada tuhan supaya diberi bantuan. Tiba-tiba Danny teringat nasihat Kasyah untuk meminta tolong Tiara. Danny terus whatsapp Tiara.
Nadine pula mengosongkan semua jadualnya pada minggu itu. Apalah yang hendak dilakukan Nadine ini ya? Adakah dia mahu ambil masa kerana sedang bersedih?
Tiara di kampung sedang bengang dan merentan dengan Pali yang cuba merisiknya. Setelah selesai menyidai kain, Tiara naik ke rumah dan membaca whatsapp Danny. Danny menelefon Tiara setelah selesai berbasi-basi dan bersweet-sweet. Danny memberitahu Tiara bahawa Iqy sedang demam dan tiada penjaga. Danny meminta Tiara menolongnya untuk menjaga Iqy. Tiara membalas, dia perlu mendapatkan izin ibunya dahulu.
Ibu yang baru pulang daripada kedai disambut oleh Tiara. Tiara meminta izin ibu untuk menjaga Iqy namun ibu berat hati untuk membiarkan Tiara menjaga Iqy kerana Perak jauh daripada KL, maka jauhlah Iqy daripada bapanya. Namun akhirnya ibu bersetuju hasil pujukan Tiara.
Along dan Suria pula sibuk memaksa Tiara menerima Pali. Namun Tiara menolak Pali seboleh-bolehnya. Tiara berasa pelik dengan Along dan Suria yang beria-ia mahukan Pali berkahwin dengannya. Rupanya niat mereka hanyalah pada harta Pali, mereka hendak tumpang senang.
Ibu pula menyerahkan segala keputusan di tangan Tiara, Ibu tidak memaksa. Terus Suria menuduh Tiara sedang menunggu duda daripada Kuala Lumpur itu iaitu Danny. Ibu pula nampak seperti sukakan Danny. Suria dan along tak sukakan Danny kerana takut dia tidak berduit seperti Pali.
Sebelum bertolak balik, along sempat diperli ibu kerana isteri dan anaknya tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah kampungnya yang panas itu.
Esoknya Danny datang menghantar Iqy. Danny makan sarapan nasi lemak buatan Tiara di rumah ibu. Ibu mengatakan Tiara bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan itu. Wah Tiara, nampak suka betul pada Danny ya?
Kemudian, Danny juga memberitahu ibu dan Tiara bahawa Iqy perlu dijaga buat sementara waktu sahaja sebelum pengasuh yang sesuai ditemui.
Danny pulang ke Kuala Lumpur pada hari itu juga menaiki bas. Kereta Danny ditinggalkan supaya senang untuk Tiara bergerak. Ibu dan Tiara menghantar Danny ke terminal bas.
Setelah itu, suami Tiara (Abang Naim) terus melenjan kereta Danny ke seluruh kampung seperti haknya. Pali ternampak Kereta Danny diparkir di kampung dan tertanya-tanya kenapa Kereta Danny itu ada di kampung. Pali terus mengambil besi dan cuba memecahkan cermin kereta Danny.
Tamat sudah episod 8. Episod yang menarik, Pali pun kelakar walaupun sangat gila, begitu juga hubungan Tiara dan Danny yang sweet dan agak cringe. Hehe. Yang pelik mengenai butik Nadine pula, sepanjang 8 episod cerita ni takde pelanggan pun yang masuk butik ni ya? Tak sabar nak tunggu episod 9.