Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Kampung People 2 Episod 1

Adegan pertama memaparkan ahli Geng Cengkih Manis yang hampir menembak Razif di Kampung!



Kemudian, kita kembali ke 35 hari sebelum kejadian. 


Razif, Mona, Laila dan Yummy sekeluarga dah pulang semula ke bandar nampaknya. Pagi itu, Mona mem-vakum rumah dan terkacau Razif yang sedang mengira bajet kewangan keluarga, Laila on the phone dengan Jekfer dan hendak ke kolej, Yummy pula sedang menyeterika baju sekolah dengan mata tertutup. 




Ketika bersarapan, Mona stress dengan anak-anaknya: baju Yummy koyak manakala Laila pula tidak lagi peduli akan penampilannya. Mona menyuruh Razif memarahi anak-anak mereka. Tapi Razif tidak faham dengan kemarahan Mona. 


riena diana

Laila menjawab dia tidak lagi single, maka tidak perlu beria bermekap. Yummy pula masih terpejam matanya. 


Kemudian, Razif menyatakan bahawa dia sudah menjual rumah mereka kerana dia sudah tak mampu nak bayar pinjaman bulanan. Mona jawab: mereka sudah downgrade rumah sekarang, takkan inipun kena downgrade lagi, macam mana dia nak eksyen dengan geng datin-datin dia! 


Yummy tambah: Kan mummy dah kena boikot dengan geng tu?


Mona: Memang mummy dah kena boikot, sebab tu mummy kena eksyen. 


Razif jawab dia perlu jual rumah sebab dah tak mampu dan nak bayar tuition fee Laila. Dia bertegas nak Laila jadi akauntan bertauliah sepertinya. 


Laila membalas, dia ok je kalau dia cuma belajar di kolej biasa. Namun Razif membantah sekerasnya. 


Akibat potongan gaji, Razif juga menyuruh ahli keluarganya berjimat cermat. Mona, Laila dan Yummy sungguh terkejut dan terus membantah. Namun mereka cuba untuk memahami Razif. 


Walaubagaimanapun, apabila salah seorang geng datin-datin menelefon Mona, terus Mona nak berlagak dengan mereka. 


Di kolej, kawan-kawan Laila dah tak kenal dengan Laila yang sekarang dah jadi selekeh. Laila juga nampaknya dah tak lagi instafemes. Tapi, Laila sempat berlagak yang teman lelakinya, Jaafar, seorang yang hensem. 



Di pejabat, Razif nampaknya dibuli bosnya dengan kerja yang banyak walaupun gaji yang dibayar sedikit. 

Mona menjemput Datin Anis ke rumah mereka. Datin Anis mengejek rumah Mona yang kecil berbanding dulu dan kesnya yang diboikot geng datin-datin mereka. 

Datin Anis terus mengejek Mona. Akhirnya Mona menyatakan bahawa dia mahu mengadakan majlis jamuan yang besar dan meriah, malah mahu menjemput Salt Bae dari Turki dan BTS dari Korea sebagai undangan. 


Razif mendapat panggilan telefon Norbik. Norbik mahu mengajak Razif balik ke kampung dan bertanam di kebun seperti dahulu. Kata Norbik, ada tanah dan peluang untuk mereka. 


Laila geram kerana Amy kini mempunyai lebih ramai followers daripadanya. Malah ex-boyfriendnya juga telah dirampas Amy. Apa lagi, Laila mengamuk di kolej. 


Laila mengadu kepada Jaafar, dan Jaafar memujuknya. Kemudian, Laila menjadi lebih ceria dan pergi ke farmasi untuk membeli produk kecantikan. 



Kereta Razif pula rosak dan memerlukan seminggu untuk dibaiki. Razif kini cuma dapat menyewa van buruk mekaniknya buat sementara. Laila dan Yummy dijemput Razif dengan van buruk tersebut. 


Sesampai di rumah, mereka nampak Mona sedang berbincang dengan seorang event planner untuk majlis jamuan besar yang dirancang. Majlis itu katanya memakan belanja seratus sebelas ribu. Razif sangat terkejut dan terus membantah. 


Mona: I dah janji dengan geng datin. 


Razif: You kata you tak perlu dia orang, you okay je jadi sebatang monkey. 


Mona: I dah cek akaun bank you, you duit berkepuk. 


Razif berkata bahawa itu adalah duit kecemasan, bukannya untuk bermewahan. 


Mona, Laila, dan Yummy tidak peduli malah terus demand bermacam benda daripada Razif. 


Laila cuba untuk menjadi instafemes di INSTOGERAM semula dengan merakam video prank keatas keluarganya. Akibat sibuk merakam video, Laila lupa dengan tanggungjawab dia di universiti. 


Event planner pula memberitahu Mona bahawa Salt Bae tak dapat datang. Mona terus mengamuk. Namun event planner itu ada backup iaitu seorang Salt Bae palsu. 


Madam, iaitu ibu kepada ketua Geng Cengkih Manis, Tuan Suhaimi, melawat anaknya di penjara. Nampaknya Madam merasuah pegawai penjara supaya dia dapat menyeludup barang dan membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang untuk anaknya di penjara tersebut. 


Madam berang kerana duit keluarga mereka cuma tinggal 1 billion. Dia mahu mencari Razif yang dikatakan tahu di mana duit mereka sebanyak 1 billion lagi yang sempat disorok. 



*Gambar daripada iQiyi
Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *