Salt bae palsu melawat mereka di rumah untuk prepare jamuan besar Mona. Dengan salt bae palsu ni boleh dapat 75% diskaun, namun Razif masih membantah. Razif kata masih mahal, boleh beli kereta second hand dengan jumlah tersebut. Razif nak Mona kurangkan kos jamuan, tapi Mona rasa tak dihargai atas segala pengorbanan dia semasa mereka susah di kampung. Akhirnya Razif setuju. Guilt-trip Mona berjaya.
Keputusan peperiksaan kolej dah keluar dan kali ini Laila gagal. Laila yang gabra mengadu dengan Jaafar. Laila tak mahu daddynya perlu membayar yuran yang lebih mahal daripada sekarang akibat kegagalannya.
Jaafar pula sedang menyediakan satu surprise besar untuk Laila.
Bos Razif masih membulinya di pejabat dan Laila ternampak semuanya. Laila berasa kesian terhadap Razif. Razif pula mengatakan tiada siapa mahu mengambilnya bekerja sejak kes Tuan Suhaimi dulu, cuma bosnya sekarang yang sudi.
Pada waktu yang sama, Pak Norbik menelefon Razif dan minta diupdate mengenai plan mereka untuk bertanam di kampung. Laila terdengar dan terus bersetuju kerana tidak mahu lagi tinggal di bandar dan mahu lari daripada kegagalannya dalam peperiksaan.
Laila berjaya memujuk Razif. Razif meletak jawatan pada ketika itu juga.
Selepas meletak jawatan, Razif risau. Dia takut kalau nanti tanaman mereka gagal. Macam mana mereka nak survive? Macam mana dia nak bayar yuran kolej Laila? Laila kata dia nak ikut Razif balik kampung, dia tak mahu belajar di kolej lagi.
Laila dan Razif plan untuk menipu Mona dan Yummy supaya mereka bersetuju. Mereka mahu beritahu bahawa Geng Cengkih Manis nak bunuh mereka semua sekali lagi.
Mona sedang sibuk plan majlis jamuan besarnya. Tiba-tiba ada call palsu daripada Ejen Shukri yang memberitahu bahawa nyawa mereka dalam bahaya: Tuan Suhaimi dan Geng Cengkih Manis nak bunuh mereka.
Nampaknya mereka sekeluarga perlu kembali ke kampung. Kata Razif, kali ni mereka boleh membawa perabut dan alat elektronik.
Walaupun Mona dan Yummy terkejut namun kerana keselamatan, mereka bersetuju.
Kereta Razif masih lagi tak siap diperbaiki maka mereka perlu gerak ke kampung dengan van buruk pinjaman tu. Razif menipu bahawa Ejen Shukri tak dapat datang. Mekanik pula Razif suruh berlakon menjadi Ejen Mawi sebagai pengganti Ejen Shukri.
Yummy nak baca manual macam dulu yang mereka patutnya dapat daripada Ejen Shukri, tapi Razif tak tahu jawab apa dan cuma menyuruh Yummy bersabar. Razif juga cakap kali ni mereka boleh guna nama sebenar mereka.
Yummy mula berasa syak. Kenapa kali ni lain? Kenapa mereka balik kampung sama, tak ke bahaya macamtu?
Kali ni mereka berpindah ke rumah baru, bukan rumah lama kerana sudahpun didiami penghuni baru. Mona, Yummy dan Laila okay je terutama sekali Mona sebab dia cakap dia sanggup berkorban apa sahaja untuk keluarga mereka.
Yummy kata Mona sebenarnya lega sebab jamuan dah batal. Mona terus merajuk dan berdrama.
Apabila masuk ke rumah, Mona berasa gembira kerana baginya rumah baru mereka ada banyak potensi.
Ketika Razif dan Laila ke kedai lempeng, Yummy menerima delivery rabbit cage yang ditempah Razif. Yummy pelik. Macam mana rabbit cage tu boleh dihantar ke rumah baru mereka, sedangkan mereka baru je tahu nyawa mereka terancam. Macam mana 7 hari sebelum Razif dah tahu mereka akan pindah ke rumah tu? Yummy terus beritahu Mona hal ini. Kini Yummy dan Mona dah tahu bahawa mereka ditipu.
Mereka merancang untuk turut sama menipu Razif dan Laila. Mereka mahu pura-pura tak tahu mengenai penipuan tu. Mona mahu mengupah event planner dan salt bae palsu untuk melengkapkan penipuan mereka.
Laila menelefon Jaafar dan memberitahu bahawa dia ada di kampung, di kedai lempeng. Jaafar pula malangnya kini telah mula bekerja di bandar. Laila sangat kecewa.
Jaafar kini bekerja di pejabat management pertanian dan tak dapat menolong Razif di kampung. Norbik dan rakan-rakan cuba memujuk Jaafar. Jaafar pula mencadangkan kenalan kampungnya untuk membantu Razif. Namun ramai daripada mereka tak free sekarang.
Ismut, salah seorang Geng Cengkih Manis nampaknya masih menyimpan dendam terhadap Razif.
Salt bae kini diupah sebagai bodyguard rumah kampung keluarga Mona. Razif dan Laila tak diberi masuk akibat security yang sangat ketat. Malah pintu rumah juga dipasang pelbagai jenis kunci dan mangga. Razif dan Laila yang baru pulang berasa sungguh pelik manakala Mona dan Yummy pula berasa lucu.
Razif marah kerana Mona mengupah security tanpa memberitahunya. Namun Mona cakap nyawa mereka lebih penting. Yummy juga nak belajar memanah dan menunggang kuda untuk melindungi keluarga mereka.
Razif risau kerana semua demand ini akan membuatkan dia jatuh miskin!
—
*Gambar daripada iQiyi


































