Sinopsis filem dan drama melayu dan berita relevan industri seni Malaysia.

Drama Kerana Dia Manusia Biasa


Kerana Dia Manusia Biasa berkisahkan kehidupan Nurin Aira yang disebabkan kesilapan orang lain, terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Dia berkahwin dengan Tengku Shamil Zaquan yang telah kehilangan isterinya. Tengku Shamil dan Nurin Aira disatukan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Adakah Tengku Shamil akan tewas pada kuasa cinta?
Share:

Drama Hilang Yang Kembali


Hilang Yang Kembali bermula dengan seorang wanita bernama Fara, yang berlari masuk ke dalam sebuah balai polis untuk melaporkan tentang dia dikejar oleh seseorang. Flashback-kisah tentang Fara dan suaminya Razif di Bali, dimana mereka kehilangan anak mereka, Danial (9 tahun). Sepuluh tahun berlalu, kejadian itu membuatkan Fara dan Razif sering bergaduh sehingga membawa kepada proses pencerian. Dua hari sebelum ke mahkamah, Fara dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahunya dia adalah anaknya yang hilang dahulu. Fara menerima Danial semula namun Razif masih berbelah bahagi. Misteri mula memenuhi ruang rumah mereka, berbagai kejadian aneh mula berlaku.
Share:

Drama Cari Aku Di Syurga


Cari Aku Di Syurga adalah drama bersiri Malaysia tahun 2019 di Slot Samarinda TV3 sepanjang bulan Ramadhan.

Drama ini menggandingkan Aeril ZafrelJanna Nick dan Mimi Lana sebagai teraju utama. Drama ini mula mendapat sambutan daripada penonton apabila setiap episod yang ditayangkan akan membuat penonton beremosi. 

Anas (Aeril Zafrel) dan Lisa (Janna Nick) merupakan pasangan kekasih yang saling mencintai di antara satu sama lain walaupun mereka datang daripada dua latar belakang yang sangat berbeza. 

Ibu Lisa, Rosmah (Maria Farida) menentang hubungan mereka kerana merasakan Anas tidak setaraf dengan mereka dan mahu menjodohkannya dengan Ariff (Hun Haqeem). Lisa nekad melarikan diri dari rumah dan terus bernikah dengan Anas.

Perkahwinan mereka mula diuji apabila Lisa yang tidak biasa hidup susah terpaksa melalui kedaifan hidup. Setelah melahirkan anak mereka yang pertama, Suri, Lisa terus meminta cerai dari Anas kerana ingin kembali kepada kehidupan lamanya yang mewah.

Anas terus membesarkan Suri bersama isteri barunya, Mira (Mimi Lana). 8 tahun kemudian, Lisa yang sudah berkahwin dengan Ariff kembali ke Muar untuk menuntut hak penjagaan ke atas Suri (Duerra Mitilda) atas desakan ibunya, Rosmah apabila perkahwinan Lisa dan Ariff tidak dapat memberikan zuriat. 

Pada masa yang sama, Anas telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan gangguan kepada daya ingatannya akibat penyakit Alzheimer. Kemuncak bermula apabila Suri terpaksa mengikut Lisa kerana Anas tidak mampu mengingati bahawa Suri merupakan anaknya.

Share:

Drama Jika Masih Ada Rindu

Mengisahkan Hisham (Kamal Adli) yang kembali mengejar cinta bekas isterinya selepas kemalangan sebaik sahaja dia menceraikan isterinya Wahida (Siti Saleha). Hisham dan Wahida saling mencintai namun kesibukan Wahida dalam membesarkan anak mereka Qistina (Ku Zara Eryna) dan perlu menjaga ibunya yang sakit, telah menjarakkan hubungan mereka. Hisham mula curang dan berani naik tangan akhirnya mengakhiri perkahwinan mereka dengan penceraian.

Malang buat Hisham, sejurus selepas bercerai dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Tersedar daripada koma, Hisham hanya mengingati peristiwa tiga tahun sebelum kemalangan itu. Memori Hisham kekal dengan ingatan bahawa dia bahagia bersama Wahida. Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud), ibu Hisham meminta agar Wahida untuk berlakon di depan Hisham yang dia masih isteri Hisham dan tidak menyebut kisah perceraian mereka. Wahida menolak permintaan Datin Embun. Sudah tiada lagi rasa cinta di hatinya, apa yang tinggal hanyalah kebencian terhadap Hisham.

Apakah yang akan terjadi kepada Hisham jika mengetahui Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida akan kembali menerima Hisham?
Share:

Pujaan Hati Kanda Episod 9


Pujaan Hati Kanda - Episod 9




Pali memecahkan cermin kereta Danny dan lari. Suami Suria (Abang Naim) ketakutan dan meletakkan kereta itu di rumah ibu. Tiara ternampak keadaan kereta itu dan menjerit terkejut. Tiara terus mencari kakaknya dan abang Naim yang meminjam kereta itu sebelum itu. 




Suria juga terkejut namun tidak mahu bertanggungjawab dan bergaduh dengan Tiara. Tiara apa lagi, mengamuklah. Bertempik Tiara dan Suria di hadapan rumah ibu itu.  


Tiara risau tiada siapa yang boleh baiki kereta Danny ini, maka ibu mahu mengeluarkan duit simpanannya daripada Tabung Haji untuk membantu Tiara. Ibu tidak mahu anak-anaknya bergaduh. 

Tiara kasihankan ibu dan tidak mahu dia mengeluarkan duit simpanannya, dia mahu fikirkan jalan sendiri. 



Suria gusar dan mencari Pali untuk meminjam duit. Suria memberitahu Pali apa yang telah terjadi termasuklah Iqy yang sekarang berada di kampung, dijaga Tiara. Pali setuju untuk membaiki kereta Danny, tapi bersyarat. Suria perlu memujuk Tiara untuk menerima pinangan Pali.


Kasyah mengusik Danny yang meninggalkan kereta kepada Tiara. Danny balas kereta itu untuk kemudahan Iqy, bukannya Tiara.

Kasyah dan Danny ke hospital untuk melawat Fatimah dan meneruskan siasatan. Danny juga meminta Kasyah terus menyimpan rahsia mereka. 



Tiba-tiba Tiara menelefon Danny sambil menangis. Tiara memberitahu Danny keretanya kemalangan ketika dibawa abang Naim. Danny risaukan Tiara dan keselamatan abang Naim, tidak langsung pedulikan keretanya yang kemalangan. Tiara lega Danny tidak marah-marah dan tidak kisah membaiki kereta itu. 



Suria mendapat 2K daripada Pali namun dia langsung tidak bercadang untuk membaiki kereta Danny. Dia mahu membeli barang kemas dengan duit Pali itu. Dia juga memikirkan cara untuk menyuruh Tiara menerima Pali.



Fatimah yang berada di hospital pula menunjukkan tanda-tanda untuk bangun daripada koma. 




Tiara memberitahu ibu bahawa kereta akan dibaiki oleh Danny tanpa sebarang bayaran. Suria yang mengendap mereka terus melonjak gembira. 


Cermin kereta Danny telah diganti. Suria memberitahu suaminya bahawa semua telah okay. Dia juga memberitahu perihal dia meminjam duit dengan Pali sebanyak 2 ribu dan apa yang perlu dilakukan jika mahu hutang itu selesai iaitu meyuruh Tiara menerima rombongan merisik Pali hari itu. 



Ibu bertanya kenapa Tiara senyap. Tiara membalas, dia sedih dengan ibu yang masih bekerja kuat walaupun sudah tua. Ibu Tiara rupanya tidak mahu susahkan anak-anaknya. 




Tiara menidurkan Iqy malam itu. Tiba-tiba dia dikejutkan oleh kedatangan Danny yang membawa kek dan hadiah harijadi. Danny juga tidak lupa pada seluruh ahli keluarga yang lain. Ibu berasa serba salah kerana dia rasa tidak perlulah Danny bersusah-payah seperti ini. Namun, tentulah yang paling gembira adalah anak Suria (Hadif) yang mendapat hadiah di hari jadi Tiara.

Danny mengabarkan hajatnya untuk membawa Iqy ke KL untuk pemeriksaan kesihatan. Dia juga ingin membawa Tiara sekali. Walaupun risau, ibu bersetuju.


Orang kampung pula membawang mengenai Tiara yang mampu membawa kereta mewah di kampung itu. Mereka pelik bagaimana dengan mengasuh budak sahaja boleh membawa kereta mewah. Mereka menyangka, mungkin Iqy adalah anak kandung Tiara, oleh itu dijaga Tiara yang jauh di Perak. 




Esoknya Tiara mengikut Danny dan Iqy untuk berjumpa doktor. Sewaktu makan tengahari, bekas teman wanita Danny (Sasha) menegur mereka yang nampaknya telah berkahwin dan ada anak. Dia tak menyangka Danny akan memilih perempuan muslimah menjadi isterinya. Danny tidak langsung menafikan bahawa dia dan Tiara telahpun berkahwin. 

Sasha juga ada terdengar mengenai gosip Danny yang tidak jadi berkahwin. Selepas itu, Tiara juga bertanya sama ada betulkah Danny tidak jadi bernikah dengan Nadine dan mengapa tidak nafikan mereka belum berkahwin? Danny berkata dia tidak mahu memberitahu semuanya kepada dunia, dia mahu berahsia.



Malam itu, Danny menghantar Tiara tidur di hotel mewah. Tiara risau jika perlu tidur sebilik dengan Danny. Namun rupanya Danny telah book 2 bilik untuk mereka. Tiara lega. 



Danny juga sempat memberitahu hasratnya untuk meluangkan lebih lagi masa bersama Tiara.


Tiara nampak sukakan bilik mewah itu. Danny di bilik lain pula berfikir mengenai Tiara. Dia rasa sangat tenang bersama Tiara, bila berjauhan dengan Tiara pula, rasa rindu yang teramat. 



Tiara menelefon Rina dan memberitahu dia ada di Kuala Lumpur. Dia ingin berjumpa, namun Rina berada di Johor. Dia bakal berpindah ke Shah Alam setelah selesai latihan. Rina sempat mengusik Tiara dengan Danny. 

Setelah itu, Tiara mahu memberitahu perihal Pali kepada Rina. 



Di kampung pula, Pali datang ke rumah ibu. Dia memberitahu ibu bahawa dia akan menghantar rombongan meminang kepada Tiara pada hujung minggu ini. Ibu pelik dan terkejut. Bila masa pulak mereka terima risikan Pali? Rupanya Kak Suria dan Abang Naim yang memberitahu Tiara telah terima. 


Bersambung. Tamak sungguh Suria dan Naim yang sanggup menjual adik sendiri kepada Pali ya?
Share:

Sinopsis Bella dan Jamie (2018)


Persahabatan antara dua gadis iaitu Bella dan Jamie menjadi lebih rapat selepas mereka mendapat tahu ibu Bella dan bapa Jamie merancang untuk berkahwin. Namun hubungan mereka goyah apabila Bella mendapat tahu yang Jamie menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya.


Sebagai peminat drama Kami di 8TV bertahun-tahun dahulu, aku dah lama menunggu untuk menonton filem lakonan Liyana Jasmay dan Juliana Evans ni. Setelah 3 tahun menunggu, akhirnya filem ini akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Buat pengetahuan anda, filem ini diterbitkan oleh syarikat produksi Liyana Jasmay sendiri, Mermaid Studios. 


Share:

Pujaan Hati Kanda Episod 8


Pujaan Hati Kanda - Episod 8



Danny terus merampas Iqy daripada Nadine dan memarahi Nadine dan mengatakan dia telah hilang akal. Danny juga nampak badan Iqy lebam-lebam akibat dicubit Nadine. 

Kata Nadine, “I geram, I menyampah dengan budak ni, entah datang daripada mana entah, tiba-tiba musnahkan hidup aku, anak luar nikah tahu tak?!”


Danny hampir melempang Nadine setelah mendengarnya. Nadine juga langsung tidak  menyesal kerana mendera Iqy. 


Sementara itu, Kasyah membawa Iqy jauh daripada mereka dan mengayat Farah, salah seorang pekerja butik itu. Selain itu, dia menghasut Farah berhenti daripada bekerja dengan Nadine.



Danny tidak dapat menerima apa yang Nadine lakukan kepada Iqy dan membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka seperti yang dijanjikan. Sekarang barulah Nadine meminta maaf dan merayu kepada Danny.



Iqy terus dibawa ke klinik, nasib baiklah doktor cuma mengatakan bahawa Iqy demam dan perlu diberi makan dengan lebih kerap. 



Di kampung pula, Tiara rasa tidak sedap hati. Suria juga sedang memujuk (memaksa) Tiara menerima risikan Pali. Alasan Suria, Pali adalah anak ketua kampung, sudahlah baik, senang pula. Ibu juga nampak seperti sukakan Pali kali ini. 



Danny ke rumah Datin untuk untuk meminta tolong neneknya itu menjaga Iqy buat sementara. Namun nenek menolak dan tidak mahu masuk campur. Danny risaukan kerja yang banyak di pejabat dan tiada siapa untuk menjaga Iqy. Danny gusar dan memohon pada tuhan supaya diberi bantuan. Tiba-tiba Danny teringat nasihat Kasyah untuk meminta tolong Tiara. Danny terus whatsapp Tiara.


Nadine pula mengosongkan semua jadualnya pada minggu itu. Apalah yang hendak dilakukan Nadine ini ya? Adakah dia mahu ambil masa kerana sedang bersedih?




Tiara di kampung sedang bengang dan merentan dengan Pali yang cuba merisiknya. Setelah selesai menyidai kain, Tiara naik ke rumah dan membaca whatsapp Danny. Danny menelefon Tiara setelah selesai berbasi-basi dan bersweet-sweet. Danny memberitahu Tiara bahawa Iqy sedang demam dan tiada penjaga. Danny meminta Tiara menolongnya untuk menjaga Iqy. Tiara membalas, dia perlu mendapatkan izin ibunya dahulu. 



Ibu yang baru pulang daripada kedai disambut oleh Tiara. Tiara meminta izin ibu untuk menjaga Iqy namun ibu berat hati untuk membiarkan Tiara menjaga Iqy kerana Perak jauh daripada KL, maka jauhlah Iqy daripada bapanya. Namun akhirnya ibu bersetuju hasil pujukan Tiara.



Along dan Suria pula sibuk memaksa Tiara menerima Pali. Namun Tiara menolak Pali seboleh-bolehnya. Tiara berasa pelik dengan Along dan Suria yang beria-ia mahukan Pali berkahwin dengannya. Rupanya niat mereka hanyalah pada harta Pali, mereka hendak tumpang senang. 

Ibu pula menyerahkan segala keputusan di tangan Tiara, Ibu tidak memaksa. Terus Suria menuduh Tiara sedang menunggu duda daripada Kuala Lumpur itu iaitu Danny. Ibu pula nampak seperti sukakan Danny. Suria dan along tak sukakan Danny kerana takut dia tidak berduit seperti Pali. 

Sebelum bertolak balik, along sempat diperli ibu kerana isteri dan anaknya tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah kampungnya yang panas itu. 






Esoknya Danny datang menghantar Iqy. Danny makan sarapan nasi lemak buatan Tiara di rumah ibu. Ibu mengatakan Tiara bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan itu. Wah Tiara, nampak suka betul pada Danny ya?

Kemudian, Danny juga memberitahu ibu dan Tiara bahawa Iqy perlu dijaga buat sementara waktu sahaja sebelum pengasuh yang sesuai ditemui. 





Danny pulang ke Kuala Lumpur pada hari itu juga menaiki bas. Kereta Danny ditinggalkan supaya senang untuk Tiara bergerak. Ibu dan Tiara menghantar Danny ke terminal bas.



Setelah itu, suami Tiara (Abang Naim) terus melenjan kereta Danny ke seluruh kampung seperti haknya. Pali ternampak Kereta Danny diparkir di kampung dan tertanya-tanya kenapa Kereta Danny itu ada di kampung. Pali terus mengambil besi dan cuba memecahkan cermin kereta Danny. 



Tamat sudah episod 8. Episod yang menarik, Pali pun kelakar walaupun sangat gila, begitu juga hubungan Tiara dan Danny yang sweet dan agak cringe. Hehe. Yang pelik mengenai butik Nadine pula, sepanjang 8 episod cerita ni takde pelanggan pun yang masuk butik ni ya? Tak sabar nak tunggu episod 9. 
Share:

Popular Posts

Contact Us

Nama

E-mel *

Mesej *