Pujaan Hati Kanda - Episod 7
Danny mahu terus menyerahkan Iqy kepada Nadine untuk dijaga selama seminggu. Nadine pula nampak terkejut dan berat hati untuk menerima Iqy untuk dijaga. Kasyah yang risau turut memberi tips kepada Nadine tentang cara menjaga bayi sebelum mereka bergerak pergi. Wah wah wah kau Danny, macam tu je bagi anak kau pada orang yang kau tak berapa nak suka atau percaya pun? Gila ke ape?
Dalam perjalanan pulang Kasyah memarahi Danny kerana tindakannya. Sungguh tidak patut memberikan Iqy yang masih seorang bayi kepada Nadine sesenang itu. Kasyah berasa kasihan terhadap Iqy dan takut Iqy dianiaya Nadine. Danny pula membalas dia rasa Nadine masih ada rasa perikemanusiaan dan rasa kasih sayang. Danny merasakan tindakannya masih rasional sebagai peluang pada Nadine untuk membuktikan kejujuran.
Malam itu, walaupun malu, Tiara menghantar mesej whatsapp kepada Danny yang sedang bersolat.
Di rumah Nadine, ayahnya juga tidak bersetuju Nadine menyusahkan diri untuk menjaga Iqy dan mengikut telunjuk Danny.
Tiara rasa serba tidak kena kerana Danny lambat membalas mesejnya.
Mama suruh Nadine pulangkan Iqy kepada Danny kerana Iqy yang bising. Iqy meragam dan menangis dengan sungguh dahsyat pada malam itu.
Rupanya Danny masih bersolat, jadi lambat melihat mesej Tiara. Mereka berutus mesej yang sweet-sweet malam itu. Namun Danny tidak memberitahunya Iqy berada dengan Nadine.
Danny teringat kenangan dia membawa Tiara dan Iqy keluar bersiar-siar di pusat beli belah. Danny berkata dia baru tahu bagaimana perasaan orang yang telah berkeluarga, sungguh bahagia tidak terkata, yang akhirnya dapat dirasa dengan Tiara dan Iqy.
Iqy menangis sepanjang malam dan Nadine menelefon Danny untuk bertanya cara untuk diamkan Iqy. Nadine juga berkata dia berasa sangat rimas dengan Iqy. Danny cuma menasihatkan Nadine mendodoikan Iqy dan bersabar.
Danny menyamakan Iqy dengan Nadine semasa bayi yang juga pernah meragam dan menangis.
Nadi berang dan menjerit,”…you jangan samakan I dengan anak luar nikah you tu lah!!!
Danny terkejut dan terus meletakkan telefon tanpa mahu mendengar penjelasan Nadine.
Tiara yang terlelap telah terjaga kerana teringatkan Iqy. Dia bangun dan bersolat hajat supaya tuhan menjaga Iqy dan Danny.
Danny berwajah monyok pagi itu dan memberitahu Kasyah mengenai Nadine yang merungut kerana Iqy. Kasyah menjawab bahawa dia telah menyangka perkara ini akan terjadi. Danny juga memberitahu Kasyah dia berasa tidak sedap hati pada pagi itu.
Di kampung, Suria memerli Tiara yang masih pandai membuat kerja rumah walaupun telah lama di Kuala Lumpur. Tiba-tiba, ada rombongan merisik datang daripada Pali kepada Tiara.
Kasyah berasa jika Nadine berkahwin dengan Danny, perkahwinan mereka akan hambar kerana semasa bertunang pun mereka tidak pernah keluar dating. Danny suruh Kasyah menukar profesion kepada kaunselor perkahwinan kerana pandangannya.
Setelah itu mereka bergerak ke butik Nadine untuk melihat apa yang dia sedang lakukan kepada Iqy.
Tiara tidak setuju dengan risikan Pali dan mahu terus menolaknya. Namun ibu pula segan untuk menolak sebegitu rupa. Suria pula teruja Pali masuk merisik. Maka rombongan itu disuruh pulang sementara diberi sehari dua masa untuk Tiara berfikir.
Danny dan Kasyah telah sampai ke butik dan ternampak Iqy yang ditengking Nadine. Kasyah mahu menyelamatkan Iqy namun Danny menghalang dan merekodkan perbuatan Nadine itu terlebih dahulu.
Seterusnya menjerit, “Nadine, you dah hilang akal ke apa?!”
Episod 7 ni lebih kepada sweet lah, sebab tiada Pali buat drama gila dia. Yang ada pasal Pali pun entah siapa siapa yang dia hantar masuk meminang Tiara tu. Nadine buat masalah aku boleh terima lagi sebab dia cantik dipandang, dan aku memang suka Sarah Hildebrand ni. Sambung esok!



























